Nama saya Nourul Wahab Depp dan saya mula mengamalkan Herbalife pada September 2010. Keputusannya sangat di luar jangkaan saya. Saya telah menghilangkan berat badan sebanyak 6 kg dalam masa 6 minggu dan juga mengurangkan 7 cm ukuran lilit badan.
Semenjak itu, saya terus kekal mengikut program Herbalife walaupun ketika saya sedang mengandung. Saya tidak perlu mengubahkan apa-apa dalam rutin harian saya, cuma hanya menggantikan makanan sarapan pagi ke Herbalife Shake.
Selepas bersalin, dengan program Herbalife saya dapat menghilangkan 12 kg dalam masa 45 hari dan berat saya tetap menurun sehinggalah saya mendapat berat ideal saya iaitu 58 kg. Jumlah keseluruhan penurunan berat saya adalah 22 kg.
Saya berasa sangat gembira bersama Herbalife Nutrition dan saya mengambilnya pada setiap hari. Ada kalanya saya akan mengambil sekali, ataupun dua kali dan kekadang 4 kali sambil mengamalkan pengambilan makanan padat sekali sehari.
Bukan sahaja untuk mengurangkan berat badan atau mengekalkannya, ia memberi saya tenaga yang hebat dan meningkatkan stamina saya ketika persembahan nyanyian dan juga aktiviti Zumba saya selaku seorang jurulatih!
Saya berumur 41 tahun dan saya rasa seperti saya berumur 30 tahun, Herbalife Nutrition adalah yang terbaik untuk saya!